Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 103 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

51  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1124.
Dari 'Abdullah bin Syaqiq r.a., katanya dia pernah bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang puasa Nabi saw. Jawab' Aisyah, "Beliau puasa beberapa hari sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa terus. Dan beliau berbuka beberapa hari sehingga kami mengira bahawa beliau akan berbuka terus. Sejak beliau tiba di Madinah, aku tidak pernah melihat beliau puasa sebulan penuh, kecuali bulan Ramadhan."

52  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1097.
Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya:"Rasulullah saw. menyuruh kami puasa pada hari 'Asyura, dan beliau mendorong kami serta memperhatikan kami melaksanakannya. Tetapi ketika puasa Ramadhan telah diwajibkan, kami tidak lagi disuruh beliau, tetapi tidak pula dilarang dan tidak lagi diperhatikannya apakah kami puasa atau tidak."

53  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1134.
Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.'"

54  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1069.
Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu malam di bulan Ramadhan, Rasulullah saw. solat. Aku datang dan berdiri di samping beliau. Kemudian datang pula sahabat yang lain, lalu dia berdiri pula, sehingga akhirnya kami menjadi satu rombongan. Tatkala Nabi saw. merasa bahawa kami solat di belakang beliau, maka beliau pendekkan solatnya, kemudian beliau masuk ke rumahnya, dan di sana beliau solat sendirian." Kata Anas, "Pagi-pagi kami bertanya kepada beliau: Apakah anda tahu perbuatan kami semalam?" Jawab beliau, "Ya, aku tahu. Itulah yang menyebabkan aku masuk ke rumah dan di sana aku solat sendirian." Kata Anas selanjutnya, "Beberapa hari di akhir bulan (Ramadhan) Rasulullah melakukan puasa wishal. Kerana itu beberapa orang sahabat melakukannya pula. Maka bersabda Rasulullah saw.: Mengapalah orang-orang ini ikut-ikutan berpuasa wishal. Kamu semua tidak seperti aku. Ketahuilah! Demi Allah! Kalaulah bulan ini bertambah panjang, aku akan terus puasa wishal sehingga orang-orang yang memberati dirinya dalam melakukan suatu amal ibadah tidak terkerjakan sendiri."

55  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1115.
Dari 'Abdullah bin Buraidah, dari bapanya, katanya: "Ketika aku sedang duduk dekat Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang wanita lalu dia bertanya: "Aku pernah memberikan seorang hamba sahaya perempuan kepada ibu ku dan kini ibu ku telah meninggal. Bagaimana itu?" Jawab beliau, "Engkau tentu mendapat pahala dari pemberianmu itu, dan sekarang pemberianmu itu kembali kepada mu sebagai pusaka." Tanya wanita itu, "Ibuku punya hutang sebulan puasa. Bolehkah aku puasa untuk membayarnya?" Jawab beliau, "Ya, boleh! Puasalah untuknya!" Tanyanya lagi, "Ibuku belum pernah haji. Bolehkah aku yang menghajikannya? Jawab beliau, "Ya, boleh! Hajikanlah dia!"

56  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1103.
Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah saw. puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya puasa, para sahabat berkata, "Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani." Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insya Allah kita puasa pada tanggal sembilan Muharram." Kata 'Abdullah selanjutnya, "Ternyata tahun depan itu, beliau sudah wafat."

57  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1104.
Dari Salamah bin Akwa' r.a., dia menceritakan bahawa Rasulullah saw. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari 'Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang banyak: "Siapa yang belum puasa hari ini hendaklah dia puasa, dan siapa yang telah terlanjur makan, hendaklah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam."

58  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1086.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Kami ikut berperang bersama-sama Rasulullah saw. pada tanggal enam belas Ramadhan. Di antara kami ada yang puasa dan ada pula yang berbuka. Namun tidak ada orang puasa mencela orang berbuka, atau sebaliknya orang berbuka mencela orang puasa."

59  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0010.
Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Islam dibina atas lima perkara: Mengesakan Allah, Mendirikan solat, Membayar zakat, Puasa Ramadhan, dan Haji. Bertanya seorang lelaki, "Bukankah haji dan puasa Ramadhan?" Jawab Ibnu 'Umar, "Tidak! Tetapi puasa Ramadhan dan Haji. Begitulah yang aku dengar dari Rasulullah saw."

60  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1050.
Dari Kuraib r.a., katanya dia diutus oleh Ummul Fadhal binti Harits menemui Mu'awiyah di Syam. Kata Kuraib, "Setelah aku tiba di sana dan tugasku telah selesai, bulan Ramadhan pun tiba. Aku melihat bulan terbit pada malam Jumaat. Kemudian aku tiba kembali di Madinah pada akhir bulan. Lalu 'Abdullah bin 'Abbas r.a. bertanya kepada ku: Kapan anda mulai melihat bulan?" Jawab ku, "Kami melihatnya pada malam Jumaat." Tanya, "Apakah anda menyaksikannya sendiri?" Jawab ku, "Ya! Aku menyaksikannya sendiri, bersama-sama orang ramai. Kerana itu mereka mulai puasa, begitu pula Muaawiyah." Kata Ibnu 'Abbas, "Tetapi kami melihatnya malam Sabtu. Kerana itu kami akan mencukupkan puasa kami tiga puluh, atau kami melihat bulan." Tanya ku, "Apakah tidak cukup dengan penglihatan Muaawiyah dan mengikut puasanya saja?" Jawab Ibnu 'Abbas. "Tidak! Kerana begitulah perintah Rasulullah saw. kepada kami."